Surat untuk Adamku..
Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?

AKU SEADANYA
| at 12:09:00 AM
| at 11:35:00 PM
| at 10:43:00 PM
Puasa yang sempurna akan menyedarkan hati orang yang beriman
bahawa dirinya di bawah perhatian Allah.
Ini kerana orang yang berpuasa akan berasa lapar dan dahaga
sebaik sahaja dia melalui sebahagian daripada waktu siangnya.
Nafsunya ingin makan dan minum namun perasaan
yang menyedari dirinya berpuasa menghalang keinginan tersebut
kerana dia melaksanakan perintah Allah.
Dalam menghadapi pertentangan ini,
hatinya sedar akan pemerhatian Allah terhadapnya,
lantas mengingati ketuhanan Allah dan keagungan kekuasaan-Nya
di samping sentiasa menyedari bahawa dirinya hamba yang tunduk patuh
kepada hukum Allah dan menurut segala kehendak-Nya.
Mengikut sebuah hadis,
syaitan berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut perjalanan darah.
Justeru hendaklah kamu sempitkan perjalanannya dengan cara lapar.
Dalam erti kata lain berpuasa boleh melawan kehendak syaitan dan seterusnya
mengikut kehendak Allah. Ini bermakna orang yang berpuasa tidak terpengaruh
dengan pujuk rayu syaitan tetapi mempunyai tahap keimanan yang kukuh
lagi ampuh untuk menghadapi segala cabaran kehidupan.
Mengikut sebuah hadis, Rasulullah pernah bersabda:
Berpuasalah kamu nescaya kamu sihat.
Dalam Islam, kesihatan terbahagi kepada dua iaitu rohani atau jasmani.
Apa yang uniknya, puasa dapat menyembuhkan penyakit rohani dan jasmani
dan menggantikan kesihatan untuk kedua-duanya.
Ini terbukti dengan pengesahan oleh pakar-pakar perubatan moden bahawa
amalan berpuasa boleh menaiktarafkan kesihatan seseorang.
Kesihatan rohani sudah dinyatakan oleh Allah dalam konteks natijah puasa iaitu takwa.
Tidak diragui lagi bahawa kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya dan
hamba pula menghampirkan diri kepada-Nya
akan menjauhkan mereka daripada maksiat,
mendekatkan diri kepada mentaati-Nya, dan segera membuat amal kebajikan.
Oleh itu, mereka sentiasa dalam keadaan yang betul dan
kehidupan yang sempurna.
Semoga puasa yang kita lakukan diterima sama ada puasa perut
daripada makanan, faraj daripada mengikut syahwat,
mata daripada memandang yang haram, telinga daripada mendengar yang haram,
tangan daripada mengambil yang haram,
kaki daripada pergi ke tempat yang dimurkai Allah,
lidah daripada segala kata nista dan cela dan seterusnya hati daripada nifaq dan segala sifat mazmumah.
Insya-Allah takwa daripada ibadat puasa akan bersama dengan kita. Amin.
| at 7:33:00 AM
| at 7:01:00 AM
| at 11:39:00 AM
| at 10:03:00 AM
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,
tetapi dia tidak menitiskan airmata,
itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,
lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula
sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang
orang yang paling dia sayang
(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,
lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia
sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,
dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak
tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan
kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,
jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam
diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,
dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu
selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.
Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,
cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.
Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah
cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan
yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya
dalam diam memberikan respon positif,
misalnya menghubunginya melalui telefon,
si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah
tidak berminat,
tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,
dia akan
menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,
semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.
Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,
cubalah mulakan dengan persahabatan.
Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan
setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab
dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia
menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,
teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.
Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik
untuk memikat hati sorang gadis,cubalah
rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,
benda pertama yang dicari oleh wanita
ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,
kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya
tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat
teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Asalamualaikum atau Hai’ sahaja
sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik
dengan mereka semata-mata nak tackle kawan
mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat,
jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang
cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya
mengadakan surprise buatnya
(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).
Mereka akan rasa terharu dan merasakan
dirinya dicintai setulus hati.
Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat
tentang mereka dan baik terhadapnya.
jadi,pada yg nak memikat wanita pandai-pandailah YE!
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana
apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa