Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..
Berbicara mengenai cinta..amat mudah mengungkapkan perkataannya. Sesiapapun pasti teruja mahu membicarakan tentang cinta. Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumber dari fitrah yang diciptakan Allah SWT. Daripada surah Ar Rum ayat 21, ada menyatakan Firman Allah yang bermaksud, “Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”.
Setiap daripada kita mempunyai rasa cinta yang berbeza mengenai cinta. Ya, mungkin si A membicarakan tentang cinta yang pada menurutnya cinta itu indah dan mengasyikan sesiapa yang berada di dalamnya, sedangkan si B pula mengandaikan cinta itu sebagai sesuatu yang menyakitkan, membebankan dan memilukan. Sesiapa sahaja bebas untuk bercinta, saling menyayangi dan saling mengambil berat antara satu sama lain. Demi cinta, manusia sanggup berbuat apa sahaja. Terkadang halnya itu di luar kemampuan dan kewarasan fikiran! Si dia sanggup merenangi lautan panas, mendaki gunung yang tinggi dan merentasi sempadan pendalaman! Terkadang, hati berdetik, mampu kah seseorang itu merenangi lautan panas? Itulah hebatnya penangan si cinta.
Berbeza pula halnya dengan cinta yang ditolak. Bagai mahu bunuh diri dan tercabut nyawa rasanya mengenangkan cinta yang ditolak mentah-mentah tanpa mahu mengenali dengan lebih terperinci dahulu. Jiwa rasa bagai ditekan-tekan dan jantung bagaikan mahu berhenti berdegup ketika itu. Dunia bagaikan berada dalam kegelapan dan fikiran pula pada saat itu berpinar-pinar. Inilah juga hebatnya kuasa cinta.
Bagaimana pula dengan cinta yang terputus di tengah jalan? Kiranya lagi hebat kuasanya. Si dia akan meratapi, menangisi dan memikirkan di dunia ini tiada sesiapapun yang memahami penderitaan dan kesengsaraan yang dirasainya. Dunia ini bukan sahaja berada dalam kegelapan malahan sunyi sepi tiada sebarang degupan bunyi yang singgah di pendengarannya. Diri terasa mahu berkurung sahaja dan melupakan terus ruang kegembiraan yang ada di luar sana.
Ya, sesiapa yang belum mengenali apa itu cinta mungkin akan mendabik dada mengatakan cinta itu hanyalan satu perasaan khayalan yang melalaikan. Satu rasa yang boleh diambil enteng dan satu hal yang tidak perlu diakui oleh semua orang. Baginya cinta itu menyusahkan kehidupannya dan membeban pada bahu yang memikulnya. Ya, mungkin juga tidak mustahil pada orang yang memikirkannya sebegitu.
Cinta itu adalah berlandaskan kepada kekaguman, ketakjuban sehingga orang yang mencintai itu biasanya akan melakukan segala sesuatu bagi yang dicintainya…maka ketika itu orang akan berkata “cinta itu buta”. Dicintai adalah suatu kesan, nilai tambah bagi orang-orang yang diberikan oleh Nya kerana melakukan hal-hal yang indah, hal-hal mengagumkan dan hal-hal menakjubkan. Namun janganlah ada yang berharap untuk dicintai, kecuali oleh Nya. Sayang itu berlandaskan atas kasihan dan rasa ingin melindungi.
Kasih itu adalah memberi dan tidak diharap untuk diberi.
cinta itu lahir dari hati...
Cinta Adalah Fitrah Yang Suci. Cinta bukanlah hanya sebuah ketertarikan secara fizikal sahaja. Ketertarikan secara fizikal hanyalah permulaan cinta bukanlah pada puncaknya cinta itu. Namun sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan.Tetapi disamping keindahan paras harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik. Islam adalah agama fitrah kerana itulah islam tidaklah membelenggu perasaan manusia. Islam tidaklah mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia. Akan tetapi islam mengajarkan kepada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, merawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.
Hiasilah diri dengan hal-hal yang menakjubkan dan jangan pernah berharap untuk dicintai. Cintailah yang baik-baik. Nescaya Allah menunjukkan hati-hati yang penuh cinta untuk mencintai diri-diri yang menakjubkan. Bukan kita yang menguasai hati kita. Ada pembatas antara manusia dengan hatinya. Allah lah pemilik hati, penggenggam hati, Yang membolak balikkan hati dan penglihatan. Berharap pada Nya dan cintailah Dia. Kerana Dialah Yang Sesungguhnya melakukan hal-hal yang mengagumkan, hal-hal yang menakjubkan.
Selamat menemui Cinta Sejati buatmu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments