kata orang tentang MELAYU
Assalamualaikum
Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri.
Oleh sebab makan itu satu perkara
yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya.
Masing-masing bangsa ada budaya mereka
tersendiri bagaimana mereka makan.
Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick)
dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu.
Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.
Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan.
Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?
Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19
oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor
bernama Tengku Kudin.
Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British
yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya
"Chersonese – The Guilding Off" oleh Emilly Innes.
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident
menghadiri satu jamuan makan malam
di rumah resident tersebut.
Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia
untuk menghadapi hidangan,
Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju
ke arah paip air dan membasuh tangannya.
Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan
sudu dan garfu, beliau dengan selamba
menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya..!
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita
Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya.
Merasa tertarik dengan perlakuan
Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:
"Kenapa anda makan dengan tangan ?
Bukankah menggunakan
sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"
Dengan selamba Tengku Kudin
menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya,
"Saya makan dengan menggunakan tangan saya
sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu
dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya
– bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh
orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya
hanya saya seorang saja yang menggunakannya
– tidak pernah dipinjam oleh orang lain,
sedangkan sudu dan garfu itu ramai
yang pernah menggunakannya
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia
tidak pernah jatuh dalam longkang..!
Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang
yang mendengarnya terlopong.
Kalau sebelum itu ada antara mereka
yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin
menyuap makanannya dengan tangan tapi
selepas itu masing-masing mengangguk
mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.
Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau
memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan
dengan budaya kita.
Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu.
Wallahualam..
